Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pendaftaran dapatkan keputusan Peperiksaan SPUB melalui SMS mula dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Pendaftaran bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) tahun 1444H / 2023M melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) akan mula dibukakan esok, pukul 2 petang.

    Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI) selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd, imagine Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel).

    Calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan berkenaan dikehendaki mendaftar terlebih dahulu melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit.

    Pendaftaran boleh dibuat dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) nombor pusat peperiksaan (jarak) nombor indeks calon (jarak) nombor kad pengenalan pintar dan hantar ke talian 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif atau 39966 bagi pelanggan imagine.

    Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

    SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pelanggan akan dikenakan bayaran $1 bagi setiap keputusan peperiksaan yang diterima.

    Sehubungan itu, para pelanggan dipohonkan agar dapat memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

    Melalui perkhidmatan itu diharapkan dapat memudahkan para calon, ibu bapa atau penjaga mengetahui keputusan peperiksaan secara individu dengan lebih cepat dan tepat.

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan syarat bagi perkhidmatan tersebut, bolehlah menghubungi MachTel melalui e-mel kheuresults@machbrunei.com.

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...