Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran haji bermula 5 Nov

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 02 NOV – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Urusan Haji hari ini memaklumkan mengenai pembukaan pendaftaran haji bagi tahun 1444H / 2023M yang bermula 5 November ini hingga 4 Februari 2023.

    Orang ramai yang berhasrat untuk mendaftar bolehlah mendapatkan borang pendaftaran haji dengan harga $2 sekeping bermula 5 November di pusat-pusat pendaftaran.

    Pusat-pusat berkenaan ialah di Lantai Bawah, Bangunan Tambahan KHEU, Jalan Dewan Majlis, Berakas; Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait; Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong dan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong.

    Waktu operasi bagi pendaftaran haji bermula hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu kecuali hari kelepasan awam, pukul jam 8:30 hingga 11:30 pagi dan 2 hingga 3:30 petang.

    Orang ramai yang ingin membuat pendaftaran dinasihatkan untuk mematuhi garis pandu terkini yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dalam langkah-langkah membendung wabak COVID-19.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda