Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran kad pengenalan hijau dibuka 10 Oktober

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) memaklumkan pendaftaran bagi permohonan baharu, membaharui dan menggantikan kad pengenalan yang rosak atau hilang bagi kad pengenalan berwarna hijau akan dibuka bermula 10 Oktober ini.

    JIPK turut memaklumkan, pemohon-pemohon yang ingin membuat pendaftaran di ibu pejabat boleh membuat temu janji melalui aplikasi Que-Up atau secara walk-in ke Kaunter Bahagian Pendaftaran Kad Pengenalan di Aras Bawah, Bangunan JIPK.

    Sementara itu, kaedah walk-in adalah dibenarkan di pejabat-pejabat cawangan.

    Dalam pada itu, waktu operasi kaunter perkhidmatan bagi pendaftaran dan pengambilan kad pengenalan di Ibu Pejabat JIPK ialah pada jam 7:45 pagi sehingga 4 petang pada hari bekerja manakala di pejabat-pejabat cawangan pada 7:45 pagi hingga 11 pagi dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Kaunter-kaunter juga akan dibuka pada setiap Jumaat bermula 8 pagi hingga 11 pagi.

    JIPK mengingatkan orang ramai untuk melengkapkan borang permohonan dan membawa dokumen-dokumen berkaitan bagi melancarkan proses pendaftaran serta menghadirkan diri semasa pengagihan nombor giliran dibuat.

    Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.immigration.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda