Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Brunei mula dibuka

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 tahun, Persatuan Bantuan Bersama Kampung Baru dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) akan mengadakan Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Brunei 2019.

    Pertandingan yang akan dijadualkan pada 27 Julai di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru, Seria itu bertujuan mengumpulkan pemain terbaik untuk bersaing antara satu sama lain dalam mempamerkan kemahiran bola keranjang dan bakat masing-masing.

    Selain itu, ia juga merupakan peluang untuk mempromosikan sukan bola keranjang sambil mengembangkan minat sukan itu di kalangan masyarakat di negara ini.

    Pendaftaran kini telah dibukakan, di mana setiap pasukan akan merangkumi seorang pengurus pasukan, jurulatih, jurulatih bantuan, penyelaras, bersama-sama dengan 12 pemain, atau secara maksimum 16 peserta atau sekurang-kurangnya enam peserta setiap pasukan.

    Borang tersebut boleh diperoleh daripada Persatuan Bantuan Bersama Kampung Baru atau dengan menghubungi mereka di talian 3222796, atau menghubungi pengerusinya, Yeo di talian 7174957, Alex Liew di talian 8726383, atau Liew di talian 8744168.

    Tarikh tutup pendaftaran bagi kejohanan itu dijadualkan pada 13 Julai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda