Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pendaftaran kejohanan tarik kalat dibukakan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Bersempena dengan sambutan  Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun, Kejohanan Tarik Kalat Peringkat Daerah Brunei dan Muara akan diadakan pada hujung Ogos ini.

    Ahli jawatankuasa kejohanan akan mula membukakan pendaftaran esok, menurut kenyataan yang dikeluarkan penganjur hari ini.

    Penyertaan hanya dibukakan untuk pasukan di bawah kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, persatuan-persatuan sukan, institut-institut pengajian tinggi, sekolah-sekolah menengah, mukim-mukim dan kampung-kampung yang terletak di Daerah Brunei dan Muara sahaja.

    Syarat penyertaan termasuk mempunyai berat terkumpul tidak melebihi 560 kilogram (kg) bagi lapan orang peserta dalam Kategori A (lightweight); berat terkumpul tidak melebihi 680kg bagi lapan orang peserta dalam Kategori B (Heavyweight) dan berat terkumpul tidak melebihi 500kg bagi lapan orang peserta dalam Kategori C (remaja berumur 19 tahun ke bawah).

    Sistem pengadilan adalah berpandukan Persekutuan Tarik Kalat Antarabangsa.

    Penganjur turut memaklumkan bahawa pendaftaran akan ditutup pada 24 Ogos jam 3 petang sementara undian perlawanan dan tempat acara akan dimaklumkan kemudian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...