Monday, March 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran kelas Al-Quran dan Muqaddam kini dibuka

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bahawa pendaftaran untuk memasuki kelas Al-Quran dan Muqaddam (setiap Jumaat) di masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara bagi tahun 2018 telah bermula pada 2 Oktober hingga 30 Disember 2017.

    Borang pendaftaran boleh diperolehi di Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Simpang 15, Jalan Sumbiling Lama, di sini atau dari masjid-masjid, surau atau balai ibadat seluruh negara, menurut kenyataan yang dikeluarkan KHEU.

    Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan tidak lewat 30 Disember 2017 kepada guru-guru penghubung di masjid, surau dan balai ibadat di mana anak-anak mereka akan mengikuti kelas tersebut.

    Syarat penerimaan bagi kanak-kanak yang akan memasuki kelas tersebut hendaklah berumur enam tahun pada 1 Januari 2018.

    Sebarang pertanyaan mengenai kelas tersebut boleh menghubungi Ketua Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Azmi bin Haji Abidin di talian 2223277 (waktu pejabat) atau 8766087 (telefon bimbit) atau pergi terus ke unit berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda