Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bahawa pendaftaran untuk memasuki kelas Al-Quran dan muqaddam (setiap Jumaat) di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bagi 2021, dibukakan bermula 3 Oktober ini hingga 30 Disember depan.
Borang pendaftaran boleh diperolehi di Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam, Bahagian Imarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Simpang 15, Jalan Sumbiling, Bandar Seri Begawan atau di masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.
Borang yang telah diisikan hendaklah dikembalikan tidak lewat 31 Disember kepada guru penghubung di masjid, surau dan balai ibadat di mana anak-anak mereka akan mengikuti kelas tersebut.
Syarat penerimaan bagi kanak-kanak yang akan memasuki kelas tersebut hendaklah berumur enam tahun pada 1 Januari 2021.
Sebarang pertanyaan mengenai kelas tersebut, bolehlah berhubung terus dengan Ketua Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam, Hajah Surinah @ Tini binti Haji Shamsuddin di Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU atau melalui talian 2223277 (waktu pejabat) atau 8778570.