Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran keputusan PCKSA dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) memaklumkan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan keputusan peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA) tahun 1445H/2024M akan mula dibukakan pada 28 Oktober, pukul 10 pagi.

    Calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan ini dikehendaki mendaftar terlebih dahulu melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit.

    Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit adalah dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN (jarak) NOMBOR INDEKS CALON dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd atau 39966 bagi pelanggan imagine Sdn Bhd.

    Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

    Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pelanggan akan dikenakan caj bayaran $1 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima.

    Sehubungan dengan itu, para pelanggan hendaklah memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

    Melalui perkhidmatan ini diharapkan akan dapat memudahkan para calon, ibu bapa atau penjaga mengetahui keputusan peperiksaan PCKSA tahun 1445H/2024M secara individu dengan lebih cepat dan tepat.

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut syarat bagi perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi Mach Telecommunications System Sdn Bhd melalui nombor talian 8671355 atau e-mel kheuresults@machbrunei.com.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda