Pendaftaran kursus NVivo 12 dibuka

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah membukakan pendaftaran bagi Kursus NVivo Hands-On-Training 12 (Qualitative Data Analysis) kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan atau bukan kerajaan, para belia serta orang ramai yang berminat.

Kursus tersebut bertujuan memberikan gambaran keseluruhan mengenai perisian NVivo 12 dan membantu peserta untuk menganalisis projek penyelidikan secara kualitatif. Ia akan dilaksanakan secara hands-on, di mana peserta berpeluang untuk meneroka dan menggunakan ciri-ciri utama yang terdapat dalam perisian NVivo 12.

Peserta juga berpeluang menggunakan contoh data yang disediakan oleh fasilitator atau menggunakan data mereka sendiri untuk latihan-latihan analisis data. Kursus NVivo Hands-On-Training 12 (Qualitative Data Analysis) itu akan diadakan selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 Jun 2021, jam 8 pagi hingga 4:30 petang.

Yuran pendaftaran bagi kursus NVivo Hands-On-Training 12 (Qualitative Data Analysis) akan dikenakan bagi setiap peserta.

Pendaftaran bolehlah dibuat melalui link: https://bit.ly/3cWOQZD. Tarikh tutup pendaftaran bagi kursus tersebut adalah pada hari Sabtu, 5 Jun 2021.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA atau melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke [email protected]