Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Pendaftaran untuk menduduki Peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) bagi April 2023 akan dibuka mulai esok.
Borang dan keterangan lanjut bolehlah diperolehi dari Pusat Perkhidmatan Setempat, Kaunter Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat iaitu setiap Isnin hingga Khamis mulai 8 hingga 11 pagi dan 1:30 hingga 3 petang manakala itu Sabtu dari 8 hingga 10 pagi.
Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Peperiksaan tidak lewat 15 Februari.
Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di talian 2380630 dan 2380776 atau talian WhatsApp 7148524 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel, exam.dept@moe.gov.bn atau jbtpeperiksaan.helpdesk@moe.gov.bn