Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan telah membukakan pendaftaran untuk peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) bagi September 2023 bermula hari ini.
Borang-borang pendaftaran bolehlah diperolehi dari Pusat Perkhidmatan Setempat (Kaunter Jabatan Peperiksaan), Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat.
Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Peperiksaan tidak lewat 5 Julai depan.
Kaunter akan dibuka pada setiap Isnin hingga Khamis dari 8 pagi hingga 11 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang manakala Sabtu dari 8 pagi hingga 10 pagi.
Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di talian 2380630 atau 2380776 semasa waktu pejabat dan melalui e-mel exam.dept@moe.gov.bn atau jbtpeperiksaan.helpdesk @moe.gov.bn.


