Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran Peperiksaan GCE & IGCSE Okt/Nov 2025 dibuka

    BERAKAS, 7 MEI – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan, memaklumkan bahawa pendaftaran bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat O, AS, A dan IGCSE bagi sesi Oktober/November 2025 akan dibuka bermula 8 Mei sehingga 19 Jun.

    Calon-calon yang ingin mendaftar boleh mendapatkan borang pendaftaran dan maklumat lanjut dengan mengunjungi Kaunter Jabatan Peperiksaan di Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan (Blok C, Aras Bawah, Bangunan Kementerian Pendidikan Lama, Lapangan Terbang Lama, Berakas) pada waktu pejabat atau memuat turun borang pendaftaran, senarai mata pelajaran yang ditawarkan dan surat pemberitahuan melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.

    Borang pendaftaran yang telah lengkap, berserta dokumen yang diperlukan dan bayaran yuran peperiksaan, hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan melalui Kaunter Jabatan Peperiksaan tidak lewat pada 21 Jun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda