Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran peperiksaan LCCI dibukakan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan akan membukakan pendafaran peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) bagi bulan November 2022 bermula 30 Ogos 2022 hingga 19 September 2022.

    Sehubungan itu, borang pendaftaran yang telah lengkap hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan tidak lewat daripada 19 September 2022.

    Bagi keterangan lanjut bolehlah diperoleh dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8 pagi hingga 11 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang. Manakala hari Sabtu mulai jam 8 pagi hingga 10 pagi.

    Orang ramai juga boleh menghubungi Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di talian 2380630 atau 2380776 semasa waktu bekerja, melalui emel exam.dept@moe.gov.bn atau jbtpeperiksaan.helpdesk@moe.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda