Saturday, April 19, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran Peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry dibuka

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan akan membukakan pendaftaran Peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry bagi bulan November 2019 bermula 6 hingga 24 Ogos dan borang yang telah lengkap diisikan

    hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Peperiksaan tidak lewat 24 Ogos. Borang pendaftaran dan keterangan lanjut berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperoleh dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat.

    Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah dilengkapkan dan boleh dihantarkan pada Isnin hingga Khamis di sebelah pagi mulai jam 8 pagi hingga 11 pagi dan disebelah petang jam 1:30 petang hingga 3 petang dan pada hari Sabtu pula dari jam 8 hingga 10 pagi semasa hari bekerja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda