Thursday, May 1, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran Peperiksaan PSR tahun 2024 dibuka

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Pendaftaran bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi tahun 2024 telah dibukakan bermula 13 Mei hingga 15 Jun.

    Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa calon-calon sekolah hendaklah mendaftar melalui sekolah masing-masing.

    Bagi calon persendirian, borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran boleh diperoleh dari Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan iaitu Aras Bawah, Blok C, Lapangan Terbang Lama Berakas, Kementerian Pendidikan, semasa waktu kaunter dibuka.

    Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima bayaran pendaftaran secara tunai dengan waktu operasi bagi kaunter jabatan tersebut adalah pada setiap Isnin hingga Khamis mulai 8 pagi hingga 11 pagi dan di sebelah petang bermula jam 1:30 petang hingga 3 petang manakala pada Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi.

    Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan ke jabatan berkenaan tidak lewat pada 15 Jun 2024.

    Untuk sebarang keterangan lanjut mengenai pendaftaran, orang ramai bolehlah merujuk Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, bilangan 3/2024.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda