Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah membukakan pendaftaran peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) bagi bulan November 2023.
Pendaftaran peperiksaan adalah dibukakan kepada calon-calon yang berdaftar di Bahagian Pendidikan Lanjutan (BPL) dan calon-calon persendirian.
Menurut kenyataan akhbar Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan hari ini, borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran boleh diperolehi di Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat dibuka mulai hari ini hingga 14 September nanti.
Borang-borang pendaftaran yang telah lengkap serta pembayaran bolehlah dihadapkan ke Jabatan Peperiksaan pada hari Isnin hingga hari Khamis bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi dan jam 1:30 petang hingga 3 petang, manakala hari Sabtu, bermula jam 8pagi hingga 10 pagi.
Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah lengkap berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan tidak lewat dari 14 September 2023.
Keterangan lanjut boleh rujuk Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 6/2023.