Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan bahawa pendaftaran Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) bagi Oktober 2025 telah dibukakan.
Pendaftaran berkenaan dibuka kepada calon-calon yang berdaftar di Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan (CET) serta calon persendirian.
Borang pendaftaran dan maklumat lanjut boleh didapatkan di Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan pada waktu bekerja dengan tempoh pengambilan borang adalah dari 27 Ogos hingga 25 September.
Jabatan Peperiksaan menyatakan hanya akan menerima borang pendaftaran yang lengkap pada Isnin hingga Khamis, dari pukul 8 pagi hingga pukul 11 pagi serta dari pukul 1:30 petang hingga pukul 2:30 petang.
Manakala pada Sabtu, penerimaan borang adalah dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi sahaja.
Borang pendaftaran yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 25 September.


