Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pendaftaran Peperiksaan SPB Jun 2024 bermula esok

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Pendaftaran Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) bagi Jun 2024 akan dibukakan bermula pada 1 April dengan peperiksaan berkenaan dijadualkan akan diadakan pada 7 dan 9 Jun depan.

              Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa pendaftaran peperiksaan bagi calon-calon yang menghadiri kelas Pelajaran Lanjutan yang ingin menduduki peperiksaan berkenaan adalah melalui guru kelas masing-masing.

              Manakala itu, calon-calon persendirian boleh mendapatkan borang dan mendaftar terus ke Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan.

    Pembayaran boleh dihadapkan ke Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan secara wang tunai sahaja iaitu pada bulan Ramadan setiap Isnin hingga Khamis bermula 8:15 pagi hingga 12 tengah hari dan Sabtu bermula 8:15 pagi hingga 10 pagi sahaja.

              Sementara itu, pembayaran pendaftaran selepas bulan Ramadan, pada setiap Isnin hingga Khamis, dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang manakala itu, Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi sahaja.

              Keterangan lanjut bolehlah dirujuk dalam Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 2/2024 melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.

              Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah lengkap diisikan berserta dokumen yang dikehendaki dan bayarannya hendaklah dikembalikan ke Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan tidak lewat 4 Mei.

    Gambar hiasan Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini