Tuesday, April 1, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran peperiksaan SPB Jun dibuka esok

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, memaklumkan bahawa pendaftaran Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) bagi Jun 2025 akan kepada calon yang berdaftar di bawah Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan (CET) serta calon persendirian.

    Borang pendaftaran dan maklumat berkaitan boleh didapatkan di Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan, pada waktu pejabat bermula 31 Mac hingga 15 Mei.

    Borang-borang pendaftaran yang telah lengkap serta pembayaran bolehlah dihadapkan ke Jabatan Peperiksaan pada Isnin hingga Khamis bermula pukul 8 pagi hingga pukul 11 pagi dan pukul 1 petang hingga pukul 2 petang, manakala pada Sabtu, bermula pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi.

    Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah lengkap beserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan tidak lewat dari 15 Mei.

    Bagi keterangan lanjut bolehlah dirujuk dalam Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 05/2025 melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda