Monday, March 3, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran peperiksaan SPUB, STPUB, SSSRU dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Pendaftaran bagi peperiksaan-peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) tahun 1446H / 2025M akan dibuka mulai hari Selasa, 3 Ramadan 1446 bersamaan 4 Mac 2025 hingga hari Isnin, 22 Syawal 1446 bersamaan dengan 21 April 2025.

    Sehubungan itu, Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) ingin memaklumkan kepada pengetua-pengetua sekolah menengah Arab, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan guru-guru besar sekolah agama yang berkenaan untuk berhubung terus dengan pihak Bahagian Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai borang-borang pendaftaran berkenaan.

    Bagi calon-calon persendirian yang ingin menduduki peperiksaan SPUB, STPUB dan SSSRU tahun 1446H / 2025M, boleh mengambil borang-borang pendaftaran di Pejabat Bahagian Peperiksaan, JPI bertempat di Tingkat Bawah Bangunan KHEU, Jalan Dewan Majlis, Berakas, semasa waktu pejabat.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda