Sabtu, 22 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran peperiksaan SPUB, STPUB, SSSRU dibukakan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Pendaftaran bagi peperiksaan-peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) tahun 1445H/2024M sudah mula dibukakan sejak 4 Mac.

    Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama hari ini memaklumkan tarikh tutup bagi pendaftaran SPUB dan STPUB adalah pada 27 April, manakala SSSRU pada 1 Mei.

    Sehubungan dengan itu, para pengetua sekolah menengah arab dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, guru-guru besar sekolah Agama yang berkenaan serta calon-calon persendirian yang berminat untuk menduduki peperiksaan berkenaan supaya akan dapat mengambil borang-borang pendaftaran di pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam bertempat di Aras Bawah, Bangunan KHEU, Jalan Menteri Besar, Berakas BB3910 semasa waktu pejabat.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda