Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran PSR bermula hari ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memaklumkan bahawa Jabatan Peperiksaan membukakan pendaftaran Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi Tahun 2021 bermula esok hingga 8 Mei.

    Kenyataan menyatakan bahawa calon-calon sekolah hendaklah mendaftar melalui sekolah masing-masing dan bagi calon persendirian, borang-borang pendaftaran serta keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran, boleh diperoleh dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat dibuka. Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada setiap Isnin hingga Khamis di sebelah pagi, bermula pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan sebelah petang, bermula 1:30 petang hingga 3 petang dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi sahaja.

    Manakala itu, pembayaran pendaftaran pada bulan Ramadan ialah pada setiap Isnin hingga Khamis bermula pukul 8:15 pagi hingga 12 tengah hari dan Sabtu bermula pukul 8:15 pagi hingga 10 pagi sahaja. Borang yang lengkap diisikan hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Peperiksaan tidak lewat daripada 8 Mei depan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda