Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Pendaftaran bagi Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi tahun 2025 telah dibukakan bermula hari ini hingga 19 Jun.
Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan memaklumkan bahawa, calon-calon sekolah hendaklah mendaftar melalui sekolah masing-masing.

Manakala bagi calon persendirian, borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperoleh dari Kaunter Jabatan Peperiksaan yang bertempat di Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan (Blok C, Aras Bawah Bangunan Kementerian Pendidikan Lama, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas) semasa waktu pejabat dibuka atau muat turun Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 3/2025 dari laman web Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.
Borang-borang pendaftaran peperiksaan dan dokumen yang telah Iengkap, berserta pembayaran hendaklah dikembalikan ke Kaunter Jabatan Peperiksaan bertempat di Pusat Perkhidmatan Setempat Kementerian Pendidikan tidak lewat pada 19 Jun.
Waktu pengembalian borang adalah pada 12 Mei hingga 7 Jun pada hari Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan pada sebelah petang dari pukul 1:30 petang hingga 2:30 petang, dan pada hari Sabtu dari pukul 8 hingga 10 pagi.
Manakala pada 9 hingga 19 Jun, Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan pada hari Sabtu dari pukul 8 hingga 10 pagi sahaja.
TARIKH |
HARI |
SESI PAGI |
SESI PETANG |
12 Mei 2025 hingga 7 Jun 2025 |
Isnin hingga Khamis |
8:00 pagi hingga 11:00 pagi |
1:30 petang hingga 2:30 petang |
Sabtu |
8:00 pagi hingga 10:00 pagi |
– |
|
9 Jun 2025 hingga 19 Jun 2025 |
Isnin hingga Khamis |
8:00 pagi hingga 11:00 pagi |
– |
Sabtu |
8:00 pagi hingga 10:00 pagi |
– |