Saturday, July 6, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Pendaftaran sertai BDF kini dibuka

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Festival Disember Brunei (BDF) ke-7 akan kembali tahun ini dan pendaftaran bagi menyertainya kini dibukakan kepada semua pengurus acara tempatan dan antarabangsa.

    Menurut kenyataan dikeluarkan di sini, BDF merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan bertujuan mempromosikan pelancongan domestik dengan menggalakkan penduduk tempatan untuk melancong dan berbelanja di dalam negara.

    Selain itu, ia dihasratkan dapat menjana ekonomi negara dan pendapatan serta membuka peluang pekerjaan bagi golongan belia, menggalakkan penganjur acara menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang mampu merangsang pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS).

    Ia juga bertujuan mempertingkatkan jumlah kedatangan pelancong dari luar negara.

    Enam kategori telah disediakan pada tahun ini terdiri daripada Islamik, Makanan dan Kulinari, Kebudayaan dan Kesenian, Sukan, Pengembaraan dan Rekreasi, Membeli-belah serta Teknologi Digital dan ICT.

    Sehubungan itu, pendaftaran kini boleh dibuat secara dalam talian dengan mengimbas kod QR yang disediakan atau melalui laman sesawang www.bruneitourism.com/bdf2023.

    Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 September 2023, pada pukul 4:30 petang.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...