Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran SPB Jun 2020 mula dibuka

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menyatakan bahawa pendaftaran Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) bagi bulan Jun 2020, telah dibuka kepada calon-calon yang berdaftar di Bahagian Pendidikan Lanjutan (BPL) dan calon-calon persendirian.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperoleh dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat bermula 2 Mac hingga 28 Mac dengan Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah lengkap pada setiap Isnin hingga Khamis pada sebelah pagi, bermula pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan pada sebelah petang, bermula pukul 1:30 petang hingga 3 petang dan Sabtu, dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi.

    Mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh merujuk dalam Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 4/2020. Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah lengkap berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan tidak lewat pada 28 Mac nanti.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda