Tuesday, April 29, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaki Austria maut di Gunung Ama Dablam

    KATHMANDU, 28 APRIL – Seorang pendaki dari Austria maut ketika menuruni Gunung Ama Dablam di Nepal selepas berjaya mencapai puncaknya, menurut Jabatan Pelancongan negara itu hari ini.

    Jabatan Pelancongan Nepal mengesahkan bahawa pendaki tersebut dikenali sebagai Martin Hornegger, 64, yang hilang semasa perjalanan turun pada pagi Sabtu selepas mencapai puncak gunung Himalaya tersebut.

    “Dimaklumkan bahawa dia telah jatuh semasa menuruni gunung dan mayatnya ditemui di kaki puncak,” kata Himal Gautam, Pengarah Bahagian Pendakian dan Pelancongan Pengembaraan di jabatan pelancongan.

    Hornegger dilaporkan mendaki Ama Dablam setinggi 6,812 meter bersama anak perempuan dan menantunya melalui agensi tempatan, menurut pegawai. Mayatnya telah dibawa ke ibu kota Kathmandu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda