Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaki maut di Gunung Makalu

    KATHMANDU, 6 MEI – Seorang pendaki dari Amerika Syarikat maut ketika cuba mendaki Gunung Makalu di Nepal, menurut pegawai hari ini.

    Jabatan Pendakian Nepal mengenal pasti mangsa yang meninggal dunia pada Ahad lalu di cerun gunung kelima tertinggi di dunia itu sebagai Alexander Pancoe, 39, dari Chicago.

    Menurut kenyataan tersebut, mangsa mengalami serangan jantung ketika menuruni laluan dari Kem Tiga ke Kem Dua.

    Usaha sedang dijalankan untuk membawa turun mayat dari gunung berkenaan ke ibu negara, Kathmandu.

    Musim pendakian di Nepal bermula pada bulan Mac dan akan berakhir menjelang hujung Mei apabila musim monsun menjadikan pendakian sukar dan berbahaya.

    Ratusan pendaki asing dan pemandu tempatan mencuba menawan puncak-puncak tinggi sepanjang musim ini. – AP

    Gambar udara yang diambil dari helikopter menunjukkan puncak Gunung Makalu, gunung kelima tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,481 meter, di Banjaran Himalaya, Nepal pada 7 Mac 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda