Pendaki Nepal atasi situasi bahaya K2 demi catat sejarah

SHIGAR, PAKISTAN, 20 JAN – Pasukan pendaki Nepal yang mencipta sejarah pada hujung minggu dengan menjadi yang pertama mendaki puncak gunung kedua tertinggi di dunia pada musim sejuk mengongsikan hari ini bagaimana mereka berdepan dengan angin kencang taufan dan suhu dingin untuk mencipta rekod.

Seramai 10 sepasukan yang dibawa dari Base Camp pada ketinggian 8,611 meter, K2 – dikenali sebagai ‘gunung keras’ – menggunakan helikopter Tentera Pakistan dan diterbangkan ke Lembah Shigar, pagar masuk ke banjaran Karakoram.

Memakai topi tradisional dan dikalungkan dengan bunga, para pendaki itu disambut sebagai wira pada pusingan pertama perjalanan pulang mereka.

“Pada musim sejuk ini kami datang ke sini dengan harapan dapat menjayakan perjalanan ini,” kata Nirmal Purja, salah seorang ketua anggota pasukan dan bekas askar pasukan khas British.

“Keadaan cuaca sangat-sangat ekstrem, suhunya mencecah -65 darjah Celsius – dengan angin berkekuatan taufan, namun 10 pendaki dari Nepal berjaya mencapainya.”

Meskipun terkenal kerana kepakaran pendakian mereka, sebelum ini tidak ada seorang pendaki Nepal pun yang mendaki puncak lebih 8,000 meter pada musim sejuk.

“Mesejnya dari sini adalah, dunia sedang melalui krisis pada masa ini – kita berdepan COVID-19 dan lebih daripada itu….pemanasan global.

“Saya rasa mesejnya sangat penting, yang mana jika kita semua bersatu padu, kita boleh melakukan sesuatu yang mustahil, dan disebabkan itu kenapa kami 10 orang bekerjasama adalah untuk menjadikan K2 dapat dicapai.” – AFP

Pendaki Nepal, Nirmal Purja (kiri) dan Mingma Sherpa (kanan) memotong kek sejurus tiba selepas menjadi yang pertama mendaki K2, Pakistan pada musim sejuk, semasa acara di Shigar, Gilgit-Baltistan, Pakistan pada 20 Januari. – AFP