Tuesday, October 15, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaki paling muda tawan puncak Shisha Pangma disambut sebagai wira

    KATHMANDU, 14 OKT – Penduduk Nepal mengalu-alukan seorang pendaki gunung berusia 18 tahun sebagai wira ketika dia pulang ke negaranya hari ini selepas memecahkan rekod orang paling muda mendaki semua 14 puncak gunung dunia setinggi lebih 8,000 meter (m).

    Nima Rinji Sherpa mencapai puncak Shisha Pangma setinggi 8,027m di Tibet pada 9 Oktober lalu, menyelesaikan misinya untuk berdiri di puncak tertinggi di dunia.

    Dia kembali dari China ke ibu negara Nepal Kathmandu hari ini, di mana ramai menunggu untuk berjumpa dengannya.

    “Saya berasa sangat gembira,” katanya kepada AFP, yang dilitupi dengan selendang tradisional dan kalungan bunga marigold, ketika dia muncul diiringi dengan sorakan gemuruh di lapangan terbang.

    “Terima kasih banyak-banyak semua”, katanya kepada penyokongnya.

    Komuniti pendaki Nepal turut mengalu-alukan beberapa pendaki lain yang telah kembali selepas menamatkan 14 puncak.

    Menduduki semua 14 puncak berketinggian lebih 8,000m dianggap sebagai puncak aspirasi mendaki gunung, dengan semua puncak terletak di banjaran Himalaya dan Karakoram, meliputi Nepal, Pakistan, Tibet dan India. – AFP

    Reaksi Nima Rinji Sherpa semasa tiba di lapangan terbang Kathmandu pada 14 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda