Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaki Poland meninggal dunia di Gunung Manaslu

    KATHMANDU, 29 SEPT – Seorang pendaki Poland meninggal dunia di Gunung Manaslu, Nepal, puncak tertinggi kelapan di dunia, kata penganjur ekspedisi hari ini – kematian pertama semasa musim luruh pendakian.

    Lebih 250 pendaki cuba untuk tiba ke puncak gunung tertinggi berukuran 8,163 meter di Nepal. Wanita berusia 50 tahun berkenaan merasa kurang sihat semasa pendakiannya dan memutuskan untuk turun dari Kem 4 pada ketinggian 7,450 meter. Namun dia ditemui mati pada awal pagi di Kem 3 kelmarin, kata pihak penganjur.

    “Dia dibantu turun ke Kem 3 selepas mengadu hipotermia tetapi meninggal dunia kelmarin pagi,” kata Thaneswor Guragai, dari Trek Puncak Ketujuh memberitahu AFP.

    Guragai berkata mereka cuba untuk membawa mayatnya turun. Ekspedisi musim luruh di Himalaya kurang popular kerana hari yang pendek, sejuk dan permukaan bersalji ruang sempit puncak berbanding pada musim bunga yang sibuk. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda