REMBAU – Rasa bangga yang menyelubungi dirinya di saat melihat Jalur Gemilang berkibar megah di puncak gunung yang didaki, membuatkan N. Elanghovan berasa setiap pengorbanan yang dilakukannya, termasuk menjual rumah demi menakluki tiga gunung tertinggi di dunia, terbayar. Lebih-lebih lagi pencapaian itu dicatatkan pada umur 60an, tatkala kebanyakan warga emas seusianya meluangkan masa dengan keluarga dan berehat

