Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendakwa peroleh waran tangkap baharu terhadap bekas bos Nissan

    TOKYO, 31 JAN – Pihak pendakwa di Tokyo memperoleh waran tangkap baharu terhadap bekas bos Nissan Motor Co, Carlos Ghosn, kerana melanggar undang-undang imigresen Jepun, menurut sumber pada Khamis.

    Beliau yang ditahan pada November 2018 kerana didakwa melakukan penyelewengan, dibebaskan dengan ikat jamin pada April 2019 yang menghalangnya meninggalkan negara itu.

    Agensi berita Xinhua melaporkan, Ghosn yang memiliki kerakyatan Brazil, Perancis dan Lubnan pada 29 Disember telah melarikan diri ke Jepun untuk ke Lubnan melalui Turki.

    Ghosn berlepas dari Jepun menuju ke Lubnan, dipercayai bersembunyi dalam sebuah bekas besar yang digunakan untuk mengisi peralatan muzik, dan pesawat peribadi yang membawanya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, di wilayah Osaka. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda