Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pendakwa raya gesa hukuman mati suspek kebakaran

    TOKYO, 7 DIS – Pendakwa raya hari ini menggesa hukuman gantung sampai mati dijatuhkan terhadap lelaki yang dituduh dalam serangan pembakaran studio anime pada tahun 2019 yang telah meragut nyawa 36 orang, menjadikannya jenayah paling membahayakan di Jepun dalam beberapa dekad, lapor agensi berita.

    Shinji Aoba, yang hampir mati akibat melecur telah mengakui memulakan pembakaran di Kyoto Animation dan menghadapi lima tuduhan termasuk pembunuhan, percubaan pembunuhan, dan pembakaran.

    Dia dituduh memecah masuk bangunan itu pada Julai 2019, menumpahkan petrol di sekitar tingkat bawah dan menyalakan api sebelum dilaporkan berteriak ‘mati.’

    Ramai di antara mereka yang terkorban dalam kebakaran di studio terkenal itu yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan muda, termasuk seorang wanita berusia 21 tahun, dan lebih daripada 30 orang lain cedera.

    Pendakwa raya hari ini menggesa hukuman gantung, dan berkata Aoba ‘merancang kejadian itu berdasarkan hasrat yang kuat untuk membunuh dan kesedarannya tentang bahaya pembakaran menggunakan petrol,’ menurut penyiar awam NHK.

    “Walaupun mangsa berjaya melarikan diri, namun kecepatan asap terus mengekori mereka, dan seseorang hanya boleh membayangkan ketakutan dan kesedihan yang mereka rasakan,” kata pendakwa raya.

    Mahkamah daerah di bandar barat Kyoto dan peguam pendakwa kedua-duanya enggan mengesahkan laporan tersebut. Keputusannya akan dijangka pada 25 Januari. – AFP

    Para pegawai polis Jepun memeriksa persekitaran di mana 36 orang mati dalam satu kebakaran bangunan di Kyoto Animation Studio, di Kyoto, pada 19 July 2019. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...