Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendakwa raya Sepanyol siasat Meta atas penggunaan data untuk AI

    MADRID, 5 JULAI – Pendakwa raya Sepanyol kelmarin berkata bahawa mereka sedang menyiasat pemilik Facebook, Meta kerana disyaki melanggar undang-undang perlindungan data dengan menggunakan data pengguna untuk melatih program AI mereka.

    Meta telah pun mengumumkan bulan lalu bahawa mereka menggantung penggunaan data sedemikian untuk melatih perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) generatif mereka di Kesatuan Eropah (EU), berikutan aduan di 11 negara.

    Pendakwa raya negara di mahkamah utama Sepanyol berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka telah menerima jumlah aduan yang ‘besar’ mengenai isu itu daripada pengguna Facebook dan Instagram, satu lagi platform media sosial popular yang dimiliki oleh Meta.

    Pengguna mengadu ‘bahawa maklumat yang dikongsi dalam produk dan perkhidmatannya akan digunakan oleh Meta untuk membangunkan dan memperbaiki AI mereka’, kata kenyataan itu.

    Ia menambah bahawa pendakwa raya berusaha untuk melindungi ‘data peribadi’ pengguna dan akan berunding dengan pihak berkuasa perlindungan data Sepanyol mengenai langkah-langkah yang mungkin diambil. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda