Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Pendakwa tuntut hukuman seumur hidup ke atas suspek bom Bali

    JAKARTA, INDONESIA, 5 JAN – Para pendakwa Indonesia hari ini menuntut hukuman penjara seumur hidup ke atas suspek pengganas yang dicari selama 18 tahun dan menuduhnya menjadi dalang serangan maut bersiri di negara ramai penduduk Islam di dunia itu.

    Aris Sumarsono, 58, yang nama sebenarnya Arif Sunarso namun dikenali sebagai Zukkarnaen, duduk tenang ketika pendakwaan mengumumkan hukuman yang dijatuhkan di hadapan tiga hakim di Mahkamah Daerah Jakarta Timur dalam satu sesi yang diadakan secara maya akibat pandemik koronavirus.

    Polis dan pendakwa berkata Zukarnaen adalah bekas komander tentera Jemaah Islamiyah, kumpulan militan Asia Tenggara yang berkaitan dengan Al-Qaeda.

    Kumpulan itu sebahagian besarnya disalahkan atas serangan termasuk pengeboman 2002 ke atas pulau peranginan Bali yang membunuh 202 orang, terutamanya pelancong asing, serta serangan di Filipina.

    Zulkarnaen telah ditangkap tahun lalu di Lampung, sebuah wilayah di pinggir selatan Sumatera. – AP

    Hakim-hakim menghadiri perbicaraan suspek militan Arif Sunarso atau Zulkarnaen di Mahkamah Daerah Jakarta Timur pada 5 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...