Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendakwaan miliki dadah diteruskan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Pendakwa meneruskan pertuduhan memiliki lebih 4 kilogram (kg) methylamphetamine terhadap seorang warga tempatan di Mahkamah Tinggi.

    Keputusan itu dibuat pada 12 Jun lalu selepas Majistret Harnita Zelda Skinner mendapati alasan mencukupi dalam keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa Shamshuddin Haji Kamaluddin dan Syafina Abdul Hadzid dalam siasatan awal kes terhadap Andre Asnnaf Daneil Abdullah Sianong, 37 tahun.

    Majistret kemudiannya merangka pertuduhan terhadap defendan memiliki 4.08kg methylamphetamine dalam bentuk kristal seberat 4.9 kilogram, di dalam sebuah kenderaan di pos kawalan Polis Bebuloh pada 3:10 petang 27 Disember 2020.

    Mahkamah seterusnya memerintahkan defendan komited kepada perbicaraan Mahkamah Tinggi.

    Pertuduhan membawa lebih 100 gram methylamphetamine membawa hukuman mati.

    Gambar Freepik.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda