Wednesday, December 25, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendakwah nasihat Luna Maya agar segera nikah

    Asyik menunjukkan kebahagian di media sosial, pendakwah terkenal Indonesia Yusuf Mansur meminta pasangan pelakon Luna Maya dan Maxime Bouttier agar segera menikah.

    Selain dilihat secocok sebagai pasangan, Yusuf berkata ketelusan hati Luna menjaga ibu Maxime iaitu Siti Purwanti sewaktu sakit sehinggalah meninggal dunia juga harus dipuji.

    Memetik laporan mStar, sikap penyayang yang dipamerkan oleh Luna kepada keluarga kekasih hatinya itu jelas menunjukkan tahap keikhlasan dalam hubungan mereka itu.

    “Ya saya dapat lihat tu, rasanya lebih baik (nikah) InsyaAllah kita doakan semoga cepat naik pelamin ya.

    “Dengan izin Allah semoga semuanya dipermudahkan untuk mendirikan rumah tangga,” kata Yusuf Mansur, menerusi YouTube Intens Investigasi.

    Tambah Yusuf lagi, dia berpendapat sekiranya pasangan itu berkahwin ia pastinya akan menggembirakan hati semua pihak termasuklah arwah ibu Maxime.

    “Sudah sempurna kalau semuanya dapat restu keluarga, pasti kalau arwah masih hidup mesti dia gembira dengan perkahwinan ini,” ujarnya. – Agensi

    Yusuf mendoakan supaya dipermudahkan urusan untuk berkahwin. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda