Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendapatan Boeing naik 44%

    NEW YORK, 28 JULAI – Boeing mencatatkan keuntungan suku pertamanya sejak 2019 ekoran pemulihan pasaran penerbangan komersial yang akan membolehkan syarikat untuk mengurangkan beberapa pekerjaan daripada yang dirancang sebelumnya, menurut keputusan yang disiarkan hari ini.

    Syarikat penerbangan gergasi itu melaporkan keuntungan suku kedua sebanyak AS$587 juta berbanding dengan kerugian berjumlah AS$2.4 bilion dalam tempoh tiga bulan sama tahun 2020 semasa kemuncak pandemik, menyebabkan saham Boeing naik.

    Keputusan itu yang mengejutkan penganalisis yang meramalkan pertambahan kerugian, menandakan pendapatan positif pertama syarikat itu sejak suku kedua 2019 sebelum koronavirus menutup ekonomi tersebut.

    Ia muncul ketika syarikat penerbangan komersial itu berusaha untuk memenuhi permintaan perjalanan yang meningkat ketika vaksin diperolehi.

    Ketua Eksekutif Boeing, Dave Calhoun berkata syarikat itu akan mengekalkan tenaga kerjanya ketika ini seramai 140,000 berbanding untuk mengurangkannya kepada 130,000 ketika diumumkan sebelumnya semasa pandemik.

    Dia memetik trend pemulihan industri ‘menggalakkan’ dalam satu surat kepada para pekerja.

    “Kita sekarang menyaksikan lebih banyak kestabilan pada peringkat kakitangan, pemulihan pasaran komersial meningkat, pertahanan dan peluang pertumbuhan sasaran perniagaan perkhidmatan kerajaan serta kita meningkatkan pelaburan untuk memperkukuhkan lagi kejuruteraan dan kempen kualiti dan kestabilan dalam sistem pengeluaran kita,” kata Calhoun. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pesawat Amerika di Dallas, Texas pada 2 Disember 2020. Boeing pada 28 Julai melaporkan keuntungan suku pertamanya sejak mula pandemik 2019. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda