Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendapatan Huawei merosot 29 peratus

    BEIJING, 31 DIS – Syarikat telekomunikasi besar China, Huawei berkata hari ini bahawa pendapatan tahunan mereka telah merosot hampir satu pertiga daripada tahun sebelumnya, kerana ia terus dibebani oleh sekatan Amerika Syarikat (AS) yang telah menjejaskan jualan telefon pintarnya.

    Syarikat Huawei telah terbabit dalam perbalahan perdagangan dan persaingan teknologi AS-China selepas pentadbiran bekas presiden Donald Trump bertindak melumpuhkan syarikat itu kerana kebimbangan ia boleh menimbulkan ancaman keselamatan siber dan pengintipan.

    Perolehan firma untuk tahun ini turun sebanyak 29 peratus dari tahun ke tahun kepada AS$99.5 bilion, kata pengerusi Guo Ping dalam perutusan tahunan tahun baharu.

    “Pada tahun 2021, di sebalik semua ujian dan kesukaran, kami bekerja keras untuk mencipta nilai yang ketara untuk pelanggan dan komuniti tempatan kami,” kata Guo.

    “Kami meningkatkan kualiti dan efisien bagi operasi kami, dan menjangkakan untuk menamatkan tahun ini dengan jumlah pendapatan sebanyak 634 bilion yuan.”

    Beliau menambah bahawa segmen pembawa telekomunikasi telah ‘kekal stabil’ dan ‘prestasi keseluruhan adalah sejajar dengan ramalan kami.’

    Pendapatan Huawei telah merosot pada 2021 sebahagiannya disebabkan penghapusan jenama telefon bajetnya, Honor, yang dijual lewat tahun lalu.

    Huawei tidak disenaraikan di bursa saham, dan kenyataan tidak memberikan sebarang butiran tentang kewangan lain. – AFP

    Huawei berkata bahawa pendapatan tahunan mereka telah merosot hampir satu pertiga daripada tahun sebelumnya. Pendapatan mereka merosot kepada AS$99.5 bilion.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda