Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendapatan lima angka, teknologi baharu mampu pikat belia Sarawak

    SIBU, 5 JULAI – Memperoleh pendapatan lima angka dan menggunakan kaedah baharu seperti dron, merupakan antara  pendekatan untuk menarik generasi muda menceburi sektor pertanian di Sarawak.

    Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Negeri, Sirai Daha berkata belia Sarawak perlu terlibat dalam sektor pertanian bagi mencapai aspirasi negeri itu untuk menjadi pengeksport makanan menjelang 2030.

    “Bidang pertanian perlu dijadikan lebih menarik seperti penggunaan dron atau penggunaan mesin seperti kereta (pertanian) yang mereka berasa lebih seronok apabila menggunakannya,” katanya ketika merasmikan Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Pertanian di sini hari ini.

    Beliau berkata ramai belia tidak berminat menceburi bidang pertanian kerana beranggapan bahawa ia pekerjaan yang sukar selain maklumat salah mengenai pendapatan yang boleh dijana daripada sektor berkenaan.

    Menurutnya, usaha menjadikan pertanian sebagai satu aktiviti perniagaan, bukan sahaja terhad kepada aktiviti huluan atau pengeluaran bahan mentah, tetapi juga aktiviti hiliran seperti pemprosesan makanan yang boleh menjana pendapatan tambahan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda