Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendapatan NBA merosot kepada AS$8.3 bilion pada 2019-20

    NEW YORK, 29 OKT – Pendapatan NBA merosot 10 peratus kepada AS$8.3 bilion untuk musim 2019-20 yang terjejas oleh pandemik COVID-19, lapor ESPN kelmarin, mengatakan liga mengalami kerugian pendapatan melalui pejualan tiket saja berjumlah AS$800 juta.

    Memetik angka kewangan yang dikongsi dengan kelab liga dan diperoleh ESPN, laporan itu mengatakan NBA mengalami kerugian AS$400 juta dalam tajaan dan jualan cenderahati.

    Kerugian akan jauh lebih buruk sekiranya NBA tidak menamatkan musim ini dan melakukan playoff dalam pusat kuarantin di Orlando, dengan mengatakan pendapatan AS$1.5 bilion telah diperolehi dengan memulakan semula musim walaupun perbelanjaan kuarantin adalah AS$190 juta, AS$10 juta lebih banyak daripada yang dianggarkan pertama kali, beritahu sumber kepada ESPN.

    Perinciannya timbul ketika NBA dan Persatuan Pemain Bola Keranjang Nasional membincangkan kemungkinan tarikh dikembalikan semula untuk musim 2020-21 dan syarat kewangan untuk mengemas kini perjanjian tawar-menawar kolektif setelah berlakunya wabak tersebut. – AFP

    Pendapatan NBA turun 10 peratus sekitar AS$8.3 bilion untuk musim 2019-20 yang terjejas oleh pandemik COVID-19. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda