JEPUN, 7 MEI – Sebuah pendarat lunar persendirian dari Jepun kini sedang mengorbit bulan, sebelum ia mencuba untuk melakukan pendaratan dalam masa sebulan lagi.
Ispace yang berpusat di Tokyo berkata pada pagi hari ini pendarat Resilience telah memasuki orbit Bulan.
“Pengiraan detik pelancaran bagi pendaratan Bulan secara rasmi telah bermula,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
SpaceX telah melancarkan Resilience bersama pendarat lunar Firefly Aerospace yang berpusat di AS pada Januari.
Firefly tiba terlebih dahulu pada bulan Mac, menjadi syarikat persendirian pertama yang telah berjaya mendaratkan sebuah kapal angkasa di Bulan tanpa terhempas atau terbalik.
Sebuah lagi syarikat AS, Intuitive Machines, berusaha mendaratkan kapal angkasa di Bulan beberapa hari kemudian, tetapi gagal dan mengakibatkan kapal tersebut terdampar di dalam kawah.
Kini, tiba giliran ispace dan mereka memberi sasaran minggu pertama bulan Jun bagi pendaratan Resilience.
Pendarat itu membawa sebuah rover mini yang dilengkapi dengan alat untuk mengutip sampel tanah di Bulan, untuk dikaji serta membuat beberapa penyelidikan lain. – AP
