Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pendataan digital selesai masalah pendatang asing

    KOTA KINABALU, 2 OKT – Isu pendatang asing tanpa izin yang telah membelenggu rakyat Sabah sejak sekian lama akan diselesaikan secara tuntas melalui pendataan digital bagi mendapatkan jumlah sebenarnya di negeri ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata pendataan dibuat terhadap semua pendatang asing untuk memastikan mereka mempunyai dokumen yang sah untuk tinggal dan bekerja di negeri ini manakala undang-undang sedia ada akan dilaksanakan terhadap mereka yang tidak mempunyai dokumen tersebut.

    “Fasa berikutnya adalah fokus penyeragaman dokumen bagi memastikan semua berada di Sabah didokumenkan secara teratur,” katanya berucap merasmikan majlis penutupan Program ‘Kita Demi Negara’ Zon Sabah anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dihadiri menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, di Dataran Kompleks Sukan Likas, di sini, hari ini.

    Sementara itu, Hajiji menegaskan kerajaan Sabah tidak teragak-agak mempertingkatkan tahap keselamatan di negeri ini kerana aspek itu amat penting terutama dengan kedudukan Sabah yang bersempadan dengan beberapa negara jiran.

    Beliau berkata ini juga kerana Sabah, negeri kedua terbesar di Malaysia, mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang serta lebih daripada 40 buah pulau amat terdedah kepada pelbagai ancaman keselamatan antaranya pendatang asing, pencerobohan nelayan asing, sempadan antarabangsa dan isu kewarganegaraan.

    Katanya, langkah meletakkan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan strategik di pendalaman Sabah merupakan langkah tepat bukan sahaja bagi mengekang kemasukan ancaman pasa masa ini tetapi juga langkah proaktif mengekang ancaman luar. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melawat sekitar tapak Program Kita Demi Negara Zon Sabah pada majlis penutupan program itu di Dataran Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...