Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendatang Yahudi ceroboh kompleks Al-Aqsa

    BAITULMAQDIS, 18 APRIL – Beratus-ratus pendatang Yahudi menceroboh kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada hari ini, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi Palestin.

    Menurut Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, seramai 561 pendatang Yahudi membanjiri tapak itu sambil diberi perlindungan ketat oleh polis Israel.

    Kumpulan pendatang itu melawat kompleks berkenaan selama kira-kira tiga jam setengah sebelum beredar.

    Polis Israel memaksa umat Islam mengosongkan perkarangan masjid, bagi memberi keutamaan kepada pendatang Yahudi, menurut saksi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda