Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pendedahan data: Telco Optus berdepan tindakan mahkamah

    SYDNEY, 23 MEI – Badan pemantau komunikasi dan media Australia mengumumkan hari ini mereka telah memfailkan prosiding di Mahkamah Persekutuan terhadap syarikat telekomunikasi Optus berhubung pelanggaran data besar-besaran pada 2022.

    “Optus gagal melindungi kerahsiaan maklumat peribadi pelanggan mereka daripada gangguan atau akses tanpa kebenaran seperti yang diwajibkan di bawah Akta Telekomunikasi (Pemintasan dan Akses) 1979,” menurut Pihak Berkuasa Komunikasi dan Media Australia, lapor Xinhua.

    Sebagai syarikat telekomunikasi kedua terbesar di Australia, Optus mengalami serangan siber pada September 2022 yang mendedahkan data membabitkan 10 juta pelanggan semasa dan bekas pelanggan mereka.

    Maklumat yang terdedah termasuk nama, tarikh lahir, nombor telefon, alamat e-mel dan nombor dokumen pengenalan seperti nombor lesen memandu atau pasport.

    Seorang jurucakap Optus menyatakan bahawa pada peringkat ini, syarikat tersebut tidak dapat menentukan jumlah penalti, jika ada, yang mungkin dikenakan.

    Menurut kenyataan itu, Optus sebelum ini telah memohon maaf kepada pelanggan dan mengambil langkah, termasuk bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa lain serta membayar pampasan kepada pelanggan untuk menggantikan dokumen.

    “Optus bercadang untuk mempertahankan prosiding. Memandangkan perkara tersebut kini dikemukakan di mahkamah, Optus tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut,” kata jurucakap berkenaan. – Bernama

    Gambar AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...