Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendedahan terbaik untuk pemain muda

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam hari ini mengadakan Akademi Bola Keranjang Belia dengan kerjasama ketua jurulatih Brunei Beruang Blazers di Dewan Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam di Batu bersurat di sini.

    Hadir berkongsi dan mengendalikan akademi berkenaan ialah ketua jurulatih Brunei Beruang Blazers, Rabboni Rosito.

    Ketika ditemui selepas sesi hari ini, Rabboni Rosito, yang baru dilantik itu menegaskan sangat berbesar hati dengan penganjuran dan sambutan kepada akademi itu.

    “Program ini banyak dibuat di negara lain dan bagi saya program seperti ini menjadi pemangkin dan penyumbang kepada perkembangan sukan bola keranjang di negara itu, oleh itu cara yang sama kami cuba adaptasikan,” ujarnya.

    Rabboni Rosito ketika mengendalikan Akademi Bola Keranjang Belia. – Gambar oleh Fadhil Yunos

    Menurutnya, antara yang didedahkan kepada para pemain muda adalah daripada aspek kecergasan dan mengesan kesilapan dalam permainan. Ia adalah cara belajar terbaik bagi para pemain yang masih muda dan secara tidak langsung memberikan mereka pendedahan dan pengalaman, tambahnya.

    Beliau merupakan jurulatih yang diiktiraf Persatuan Bola keranjang Kebangsaan Amerika (NBA) dan selain menumpukan perhatian kepada program yang baru ini, beliau turut mengawasi latihan dan persiapan pasukannya bagi kejohanan yang bakal disertai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda