Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendedahan terhadap Negara Pintar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April – Telekom Brunei Berhad (TelBru), minggu ini, telah mengadakan jerayawara mengenai inisiatif Negara Pintar (Smart Nation) yang berlangsung selama dua hari di Daerah Belait dan dihadiri oleh lebih 1,000 orang pelajar Politeknik Brunei dari Kampus Lumut dan Bandar Seri Begawan.

    Sepanjang jerayawara tersebut, para pelajar berkenaan diperkenalkan kepada kakitangan TelBru yang bertanggungjawab mengendalikan program berkenaan dengan penekanan ke atas potensi-potensi Internet of Things (IoT) dan sumbangan konsep itu kepada pembangunan komuniti-komuniti celik teknologi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan TelBru, siri jerayawara berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha ke arah menyokong Wawasan Brunei 2035 secara amnya dengan penekanan khusus ke atas pembangunan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran, meningkatkan kualiti kehidupan menerusi ICT dan menyumbang kepada penubuhan ekonomi yang dinamik dan mapan.

    Salah seorang kakitangan TelBru memberikan penerangan ringkas mengenai salah satu teknologi Negara Pintar TelBru.
    Salah seorang kakitangan TelBru memberikan penerangan ringkas mengenai salah satu teknologi Negara Pintar TelBru.
    Para pelajar dari Politeknik Brunei mendapatkan penerangan daripada salah seorang kakitangan TelBru.
    Para pelajar dari Politeknik Brunei mendapatkan penerangan daripada salah seorang kakitangan TelBru.

    Jerayawara tersebut dirancang akan diadakan sepanjang tahun ini yang memfokuskan kepada institusi-institusi pendidikan tinggi dan sekolah menengah di negara ini.

    Selain daripada taklimat yang menjelaskan mengenai pembangunan berkaitan IoT di dalam dan luar negara yang menunjukkan teknologi-teknologi terkini dalam sama-sama mewujudkan kehidupan masa depan yang lebih baik menerusi penyelesaian-penyelesaian menggunakan teknologi, acara itu juga menampilkan pameran mini mengenai Negara Pintar dan perkhidmatan-perkhidmatan TelBru.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda