Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendekatan bersepadu tingkat kesejahteraan warga emas

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Pendekatan bersepadu untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas telah dibentangkan dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pagi tadi oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamd.

    Ia merupakan isu tambahan fokus strategi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) selari dengan tiga matlamat Jawatankuasa Khas Warga Emas, iaitu pembangunan warga emas, kebajikan dan kesejahteraan warga emas dan sistem sokongan warga emas.

    Menurut Yang Berhormat Dato, pendekatan bersepadu berkenaan termasuk bantuan kewangan dan in-kind untuk warga emas yang mana setakat Februari 2025, terdapat 44,405 penerima Pencen Umur Tua; 1,607 warga emas penerima bantuan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan JUZWAB; 147 warga emas yang hidup susah menerima tambahan bantuan kewangan di bawah JAPEM sebanyak $100 sebulan; 83 warga emas yang terlantar dan uzur dihulurkan bantuan secara in-kind iaitu lampin bernilai $100 sebulan dan susu bernilai $100 sebulan.

    Manakala penglibatan komuniti dan pelbagai inisiatif juga sedang giat dilaksanakan termasuk kesedaran gaya hidup sihat melalui TEGAS Walkathon 2023 oleh mahasiswa-mahasiswi perubatan, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Projek Memeduli Warga Emas, Sukarelawan HEART dan organisasi Food Life bagi pengagihan makanan kepada warga emas yang tinggal sebatang kara di samping Program Capaian Komuniti bersama belia-belia yang dikendalikan oleh institusi-institusi pengajian tinggi serta kempen kebersihan bersama sukarelawan.

    Antara yang hadir pada Persidangan MMN ke-21 kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda