Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendermaan darah berterusan diperlukan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Sebanyak 41 pain darah telah berjaya dikumpul dalam Kempen Derma Darah Give Blood, Save Lives yang diadakan di The Mall, Gadong, kelmarin.

    Acara berkenaan dianjurkan oleh Maju Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal automotif Perancis, Renault, dengan kerjasama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) disokong bersama oleh Hokkaido, Melts (Muskmelon) Brunei dan Air Mineral BLU 9.

    Objektif kempen berkenaan adalah untuk memberi bantuan kepada Pusat Pendermaan Darah dalam mendapatkan sokongan daripada orang ramai untuk tampil menderma darah kerana mereka kini mengalami kekurangan darah dan semua jenis darah adalah diperlukan segera.

    Hokkaido, Melts (Musk-melon) Brunei dan Air Mineral BLU 9 juga telah komited sebagai penaja dalam bentuk barangan dalam menyokong kempen berkenaan.

    Penderma darah semasa menyertai kempen yang diadakan oleh Maju Motors Sdn Bhd.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda