Pendedahan penyanyi Asa tentang latar belakang pendidikannya membuatkan ramai peminat terkejut.
Di sebalik kejayaan yang dimiliki hari ini, anggota kumpulan Babymonster itu memberitahu dia hanya belajar di peringkat pra sekolah sahaja.
Bahkan kata Asa atau Enama Asa, 19, dia langsung tidak menyambung pengajian sebelum bergelar artis.
“Saya hanya tamat pra sekolah sahaja. Kemudian saya mula menjalani latihan sambil bersekolah rendah ketika darjah dua,” katanya.
Asa mendedahkan perkara itu ketika tampil sebagai tetamu undangan menerusi program Running Man.
Pengakuannya itu membuat anggota Running Man lain merasa pelik dan tidak menyangka apabila mendengar kisah lama Asa.
Biarpun tidak mendapatkan pendidikan secara formal di sekolah, Asa bagaimanapun menyertai sebuah akademi tarian.
Dia kemudian berjaya melalui proses uji bakat untuk menjalani latihan sebagai artis di bawah agensi YG Entertaiment pada 2018.
Asa menjalani latihan selama hampir lima tahun sebelum membuat kemunculan bersama Babymonster pada 2023. – Agensi
